Ok, ade sikit tips utk korang yg boleh dikatekan berkesan jugak bile korang menghadapi situasi seperti dibawah. Tips utk cover malu, bukan kemaluan ok.. hehehe :P
__________________________________________________________________________
- Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi…terus bangun separuh sedar dan buat-buat kene sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berenti ketawakan korang.
- Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali…teruskan menganggap dia kenalan korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya.
- Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka…jawab je dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah ‘biar rosak zip, jangan rosak akhlak’.
- Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat belakang…teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sensorang. Tentu orang takkan gelakkan kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.
- Tersilap masuk tandas wanita… buat buat wajah gelabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagik.
0 comments:
Post a Comment