Showing posts with label Misteri. Show all posts
Showing posts with label Misteri. Show all posts
0

Demam balik nahas

Rick Thursday, October 27, 2011
Bookmark and Share

LAIN KALI BACA DOA MENAIKI KENDERAAN & JANGAN LERR BALIK KAMPUNG WAKTU MALAM, SBB WAKTU MALAM ITU ADALAH WAKTU JIN IBLIS BERKELIARAN JADI BERHATI² LAH DAN SENTIASALAH MENGINGATI ‘ALLAH’ AGAR KITA DI LINDUNGI DARI SEGALA KEJAHATAN MAKHLUK.

Jumaat, 01 Julai 2011
Demam balik nahas
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

BUKTI...tiga imej didakwa makhluk halus yang dirakam di Jalan Kuantan-Gambang, Kuantan pada 17 Jun lalu.

KUANTAN: “Saya demam dua hari selepas melihat imej tiga makhluk itu,” kata seorang penunda kereta, Abdul Mubin Mohamad, 24, yang mendakwa merakam gambar tiga makhluk halus menggunakan kamera digital di Jalan Kuantan-Gambang, berhampiran sebuah tokong, di sini, pada 17 Jun lalu.
Sebagai pekerja separuh masa di sebuah bengkel membaiki kereta yang terbabit dalam kemalangan, antara tugas Abdul Mubin ialah mengambil gambar kereta mangsa sebelum ditunda ke premis majikannya.
“Pada hari itu (17 Jun) kira-kira jam 11.30 malam, ada kemalangan di kawasan berkenaan membabitkan sebuah kereta BMW 5 Siri yang dinaiki empat lelaki dalam perjalanan ke Kuantan.
“Bagaimanapun, semua lelaki terbabit hanya cedera dan mereka dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan manakala kereta mereka terbabas ke kiri dan ‘melekat’ pada sebatang pokok,” katanya.
Dia yang turut membawa anak isterinya ke tempat kejadian itu mengambil gambar kereta berkenaan sambil dibantu rakannya. Bagaimanapun, kereta itu ditunda pemilik bengkel lain.
Abdul Mubin berkata, selepas urusan mengambil gambar selesai, dia pulang ke rumah.
“Saya berhenti di sebuah stesen minyak di Jalan Gambang untuk ke tandas sebelum isteri menegur mengenai gambar diambil selepas berasa curiga dengan bentuk tiga lembaga yang dirakam.
“Saya membesarkan lagi imej berkenaan sebelum terkejut melihat ‘satu keluarga’ berwajah ngeri dan lengkap berpakaian.
“Makhluk menyerupai wanita itu berpakaian serba putih manakala dua lagi berbaju merah,” katanya, di sini, semalam.
Menurutnya, terkejut dengan penemuan makhluk itu yang kali pertama dilihatnya, dia kemudian memberitahu rakannya yang sama-sama berada di tempat kejadian.
Dia berkata, rakannya mendakwa tidak selesa ketika mereka berada di kawasan berkenaan sebelum itu.
Katanya, rakannya turut mendakwa menemui kesan tapak kaki berlumpur berjalan naik ke bumbung kereta yang terbabit nahas itu tetapi enggan menceritakan kepadanya kerana bimbang sesuatu buruk berlaku.
Abdul Mubin mendakwa, ketika merakam gambar berkenaan, dia yakin tiada sesiapa berada di depannya kerana tempat kejadian gelap gelita.
“Saya menunjukkan rakaman itu kepada beberapa rakan lain dan mereka mendakwa objek itu makhluk halus dan ini kali pertama saya merakam gambar sedemikian selepas beberapa tahun bekerja sebagai penarik kereta,” katanya.
Sementara itu, anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Mohd Azwari Abdullah, 31, berkata, dia juga mengalami nasib sama dan demam selepas melihat gambar berkenaan.
“Ketika di tempat kejadian, saya sudah merasa ada sesuatu tidak kena namun saya tetap meneruskan tugas menyelamatkan mangsa yang tersepit dalam kereta.
“Makhluk halus itu ciptaan Tuhan dan hanya boleh dilihat secara kebetulan saja namun saya bersyukur kerana tidak mengalami kejadian lebih buruk selepas kerja menyelamat selesai dijalankan,” katanya.

Bookmark and Share
0

Haram menikahi gadis satu kampung.

Rick Wednesday, October 26, 2011 , , ,
Bookmark and Share



JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.
Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin,
JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun 2009:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS
SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat
sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan
bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan
terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM
untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa
sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan : Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi
gadis satu kampung?

Pegawai Kanan : Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang
wanita sahaja sudah berat, apalagi satu kampung...!! !

hehehehehe.. .

Bookmark and Share
0

GEMPAR!! Kemalangan Melibatkan Sebuah Kereta Lamborghini Gallardo!!

Rick Monday, November 29, 2010 , , ,
Bookmark and Share
AMPANG, 28 November 2010 - Dihimpit kekiri oleh sebuah Perodua Kenari, lalu ditolak kekanan pula oleh sebuah lagi kereta yang tidak dikenalpasti menjadi punca sebuah kenderaan bermotor buatan Eropah, Lamborghini Gallardo yang hampir-hampir tercampak ke dalam lombong berhampiran.

Kejadian berlaku di KM412.2 Lebuhraya MRR2 menuju kearah Pandan Indah dari Bandar Tasik Selatan.
(Gambar disertakan dibawah)




























Pemandu kedua-dua kereta diberitakan selamat dari sebarang kecederaan. Laporan polis dibuat untuk tuntutan insurans. Sekian berita ringkas dari saya, dari tapak kejadian.

Wartawan: Mohd Ricky Bin Martin
Bookmark and Share
0

Misteri "Mimi" Menghantui Diri

Rick Saturday, November 27, 2010 ,
Bookmark and Share
Takutttt!! seraammmm!! Meremang bulu roma weiii!!!!!!!! itu la yang sering kite alami sewaktu mendengar mahupun melihat sendiri mende-mende yang "berhantu"nie.. Itu yang aku lalui sekarang nie selepas dikejutkan oleh Pak Abe Yudoyono dengan misteri "Mimi" nie..

Memula tu aku terpinga-pinga gak, apekah benar ape yang aku lihat tu adalah kenyataan ataupun illusi semata... Semakin aku tenung, baru lah aku ketahui ape yang cube Pak Abe Yudoyono cube nak beritahu aku..

Ini lah die bukti yang membuatkan sehingga kini menjadi misteri dan mengganggu pemikiran serta menurunkan tahap kewarasan aku setelah gelak sekejap dan terus hilang mood untuk berkerja selama lebih kurang lapan (8) minit..


arghhhhhh!!!!!!!!!!! siape mimi tu!!!!!!! sile lah hilang dari kotak fikiran ku!!!!!!!!!!!!! huwaaaaaaaaaaa!!!
Bookmark and Share
 
Copyright 2010 Salleh Mohd Ali
Hakcipta terpelihara Rick dan SengalBOX