Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts
3

[Kisah Sedih] Ina...

Rick Sunday, October 30, 2011
Bookmark and Share

"abg...tlg dtg umah segera, urgent".

Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab..
Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut
hidupkan enjin kereta.

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu
itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya
berjiran
dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main
masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi
bapak
kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa

bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak
jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main
permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut,
penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah.
Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx'
dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada
meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the
gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga... Waktu darjah 4, bila dia
mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat
kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula
Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan
tajam Mak Ropiah ibunya Ina
yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku
sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya
dia
terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak
tahu,
kalau tidak naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi
fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali
dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau
kala
itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja.

Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura
sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura
kerja
shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.

Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang
menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan
perumahan Ina dimasuki perompak.. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki

perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah
barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia
berdoa
sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu
baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka
masih
bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak
tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya
akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak
mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti
di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar
rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas
tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu
bilik Ina.. Dia dengar esakan Ina. Ina
menangis. Hakim makin cemas. Dia
ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh
bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia
masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina
kusut
masai, Ina tekup muka sambil menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam
sendu. "hu...hu..."

" Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"

"Hu..hu"

Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar
dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan
keluar dari mulut Ina.

Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!" Suara
Hakim kuat kali ini.

Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

"Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi."

$&^%#%t*&&**()()_)(&*

*hahaha, aku pun dah terkene..giliran korang pulak..hahahah...

Bookmark and Share
0

Pak Ali ...

Rick Thursday, October 27, 2011 ,
Bookmark and Share

- Creadits to Syahida Ed'Sassin II

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.

Pari Pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Lee...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".

**bagus la pak ali nie... 8D

- Creadits to Syahida Ed'Sassin II

Bookmark and Share
2

Kecanggihan pintu automatik zaman sekarang. (hahaha)

Bookmark and Share

Bile aku tengok sekali, tergelak gile.. Bile tengok due kali, tergelak-gelak gile .. hahahahaha.. macam-macam hal =P


Bookmark and Share
0

Haram menikahi gadis satu kampung.

Rick Wednesday, October 26, 2011 , , ,
Bookmark and Share



JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.
Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin,
JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun 2009:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS
SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat
sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan
bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan
terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM
untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa
sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan : Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi
gadis satu kampung?

Pegawai Kanan : Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang
wanita sahaja sudah berat, apalagi satu kampung...!! !

hehehehehe.. .

Bookmark and Share
0

Nyanyian Boboi

Rick Friday, September 10, 2010
Bookmark and Share


Ada budak kecil, BOBOI namanya, umurnya 4 tahun. Budak ini memang suka kencing, mungkin kerana urat kencing dia bocor agaknya… kemana saja pasti suka kencing, ke shopping complex, ke kedai, ke pasar, selalu je nak kencing, dan kalau dia nak kencing, dia selalu menjerit kepada ibunya,

“makkk..boboi nak kencing!!! sekuat-kuatnya“.

Mak boboi sering terasa malu, kerana anaknya si boboi tu suka menjerit jerit gila babi di khalayak ramai kalau time dia nak kencing, maka dicarilah akal….

Mak Boboi pun mengajar Boboi..,

“Boboi..lain kali kalau Boboi nak kencing, Boboi cakap boboi nak nyanyi,ok?“. Boboi pun mengangguk tanda paham.

Pada suatu hari, mak boboi terpaksa kerja outstation, budak boboi ni pun diserahkan kepada nenek nya untuk dijaga. Pada malam hari, ketika nenek boboi sudah hampir terlelap, boboi berteriak kepada neneknya,

”Nenek, boboi nak nyanyi…………”

Neneknya menjawab “Dah malam nih,besok lah nyanyi, nanti orang rumah sebelah marah kalau boboi bising!”, kata nenek. Si boboi terus mendesak juga. Akhirnya neneknya pasrah…

“Um..oklah..boboi..boboi nyanyi perlahan-lahan di telinga nenek ya…..“

Bookmark and Share
0

Ramli Dan 20 Ekor Ayam

Rick
Bookmark and Share


Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia berjumpa Pak Mat“Tauke Ayam” untuk membeli ayam .

Lelaki kaya : “saya ingin menempah 20 ekor ayam untuk besok, ini alamat saya (sambil memberikan kad namanya yang mengandungi alamat rumah)

Pak Mat : “baiklah, saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkan ayam-ayam ini ke rumah anda besok”

Setelah itu Pak Mat memanggil Ramli dan berkata….

Pak Mat : “Li, besok tolong antar 20 ekor ayam ke alamat ini (Sambil memberikan kad nama lelaki kaya tersebut)”

Ramli : Antar ayam.. siap Boss….

Keesokan harinya Ramli membawa 20 ekor ayam dengan motosikalnya. 10 ekor diletakkan di sisi kanan, dan 10 ekor diletakkan di sisi kiri. Akan tetapi malangnya, di dalam perjalanan dia eksiden terlanggar lubang…, ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari berteraburan. Orang ramai datang untuk melihat keadaan si Ramli, akan tetapi si Ramli malah ketawa mengilai-ngilai dan berguling guling.

Orang yg bertanya : “Bang, abang ok ker?.. ? takde cedera mana mana kan?”

Ramli : “Ha… ha… ha… !”

Orang yang bertanya : “Bang, kenapa abang lain macam je ni ?”

Ramli: “Ha… ha… ha…, dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku… Hua.. ha.. ha.. ha…”

Bookmark and Share
0

Kisah Kambing Dan Ayam

Rick
Bookmark and Share


Kambing dan ayam adalah kawan baik. Mereka berkawan sejak mereka baru dilahirkan lagi. Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing. Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam: Kambing, pekabo?

Kambing: Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.

Ayam: Takde ke mana. Sesajalah nak tengok reaksi engko.

Kambing: Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam,kan?

Ayam: Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.

Kambing: Apa?

Ayam: Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi telur nampak…

Bookmark and Share
0

Mimpi Seorang Isteri

Rick
Bookmark and Share


Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan-lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“..

Bookmark and Share
0

Tips Untuk Cover Malu

Rick ,
Bookmark and Share

Ok, ade sikit tips utk korang yg boleh dikatekan berkesan jugak bile korang menghadapi situasi seperti dibawah. Tips utk cover malu, bukan kemaluan ok.. hehehe :P

__________________________________________________________________________

  • Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi…terus bangun separuh sedar dan buat-buat kene sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berenti ketawakan korang.

  • Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali…teruskan menganggap dia kenalan korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya.

  • Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka…jawab je dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah ‘biar rosak zip, jangan rosak akhlak’.

  • Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat belakang…teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sensorang. Tentu orang takkan gelakkan kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.

  • Tersilap masuk tandas wanita… buat buat wajah gelabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagik.

Bookmark and Share
0

koleksi TEKA-TEKI

Rick
Bookmark and Share



Kat bawah nie ade la sikit koleksi teka-teki yang mudah utk kite kenekan org lain.. dapat dari website-website dan ade jugak dr pengetahuan sendiri.. Kite kongsi same-same ek..

1) Semua haiwan jadi monyet,monyet jadi apa?
Jawapan: Jadi banyak.

2) Antara ekor lembu dengan ekor tikus… ekor mana yg lebih pjg & kenapa?
Jawapan: ekor tikus lebih panjang sebab mencecah lantai

3) Dari banyak banyak burung, burung mana jaga atuknya sendiri?
Jawapan: Burung belatuk aaa (bela atuk)

4) Kalau kereta berhenti apa yg turun dulu ….?
Jawapan: Speedometer turun dulu

5) kalu bas kemalangan n bas tu terjatuh ke dalam sungai, apa yang masih hidup lagi walaupun bas tu dalam air…?
Jawapan: road tax dia arrr….

6) kete apa yang bolih jalan dari pokok ke pokok?
Jawapan: nissan 323 (tree to tree)

7) apa yang paling pandai dalam makmal?
Jawapan: termometer sebab byk degree :-p

8) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya
Jawapan: O.A.G (Orang Asli Gombak)

9) Kumpulan Rock yang Paling wangi
Jawapan: MAY (Bau Sabun)

10) Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?
Jawapan: Ha.Ha.Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

11) Banyak- banyak binatang…binatang apa keluar haid…
Jawapan: kura-kura..ala tu pun tak tahu…keluar HEAD….tak paham jugak.ala kepala le..

12) Dlm bnyk2 binatang….. bntg ape yg bertelur dan beranak…..kira 2 alam la
Jawapan: niiii….. ha jwp2…. …siput babilaaaaa…..ye la siput bertelur…babi beranak….

13) Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?
Jawapan: Jawapannya ialah Sungai Besi…Ha…ha…ha…

14) Kereta dengan motor, mana lebih tua?
Jawapan: jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat…

15) Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
Jawapan: jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

16) Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin…
Jawapan: huruf TA dan YA laa… kan jadi TAYAR tu

17) kasut apa yang paling keras?
Jawapan: Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa…muhahaha..lawak ka?

18) Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?
Jawapan: jawapannya ialah meter bas tulah

19) Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin …ahhh sape dapat jawab????
Jawapan: jawapannya ialah…huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antara
pasangan bercinta lerrr ..hehehehe

20) Kalau korang pandai math, 5 orang cina tolak 3 orang india , jadi apa?
Jawapan: orang india tu jatuh lah…. keh keh keh!!!

21) Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian..lepas tu dibagi pulak pada 3 org..baper seorang dapat ?…kes kes kes kes korang mesti lemah IQ kan ..
Jawapan: jawapannya sorang dapat sebiji limau ler..sbb sama gak ko potong atau tak…hehehhe mesti dapat sorang sebiji

22) benda apa kalau naik tak turun dah?
Jawapan: jwpn dia umur la.ish…ish…

23) KENAPA TAYAR BELAKANG KENDERAAN SELALU BOTAK DAHULU DARIPADA TAYAR HADAPAN?
Jawapan: SEBABNYA IALAH DIA SELALU MEMIKIRKAN KENAPA DIA TIDAK DAPAT MEMECUT TAYAR HADAPAN

24) cuba teka, mouse komputer , jantan ke betina?
Jawapan: jawapannye betina ler..pasal dia pakai pad.hehe

25) Ada sekor gajah dan sekor kancil,berjalan2 dalam hutan.Suatu ketika,mereka terjumpa sebuah titi. Semasa kancil menaiki titi tersebut, titi tersebut runtuh.Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah………
Jawapan: Gajah patah apa rasanya ya???? Gajah PATAH BALIK kot!

26) Dalam banyak banyak lembu,lembu apa yang semua petani cari
Jawapan: lembu yang hilang lah . kalau tak hilang siapa lah ada masa nak kisah pasal lembu.

27) Hidupan apa didalam laut paling tua.
Jawapan: jawapannya udang sebab dia sudah bongkok dan berjanggut..ha–ha–ha–ha–

28) Cube teka ye benda apa apabila kita berdiri dia baring, bila kita baring dia berdiri…….?
Jawapan: jawapannye tapak kaki la……

29) Banyak2 ikan, ikan apa yang pemalu…
Jawapan: ikan sardin.sebab nyer dier duduk dlm tin..

30) ANDAIKATA ANDA TERJUMPA MAYAT MANUSIA DAN BANGKAI HAIWAN YANG MANA SATU ANDA PERLU TUTUP DAHULU?
Jawapan: JAWAB..JAWAB JGN TAK JAWAB..DUA-DUA..SALAHLA.. TAK TAHU..TENTULAH HIDUNG..

31) APAKAH BENDA YANG KITA POTONG IA TETAP AKAN PANJANG?
Jawapan: HA JAWAPANYA MESTILAH KACANG PANJANG KAN. TAKKANLAH DAH POTONG KITA KENA PANGGIL KACANG PENDEK TAK SESUAI TAU. hehe..

Bookmark and Share
0

Wasiat Nenek Ani

Rick
Bookmark and Share

Ada sorang tua, nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung, ….

Keadaannya semakin ari semakin teruk. Ani dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek Ani. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.

Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din.

Pak Din menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum Nenek Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia. Selepas seminggu kematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk membaca wasiat dari nenek tersebut.

Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani, dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara-mara membaca wasiat itu bersama-sama, yang antara lain isi itu ialah… … … … .

“Din, … . kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu”

Bookmark and Share
0

Bila Hitler sambut raya

Rick Thursday, September 9, 2010
Bookmark and Share

Korang rase mcm mane agaknye bile Hitler and the geng sambut raye?? hehehehehehehehe...

Ape kate korang tgk video kat bawah nie, lepas tu korang bayangkan kalau betul mcm tu, ape jadi agaknye... malas nk cite panjang, korang tgk jela sendiri :P


Bookmark and Share
2

India Ohh India ...

Rick Monday, September 6, 2010 ,
Bookmark and Share

Geli hati aku bile tgk gambar-gambar nie..macam2 ragam manusia nie..kekeke... tgk ler sendiri... gambar dari India.. mmg unik.. respek!! :D

"bang, depan sikit bang, saye nk jatuh dah nie...err..err"

"ayang, cube ayang bayangkan kite ade kilang sendiri proses buah-buah nie... cube la bayangkan.."

"keras kan tapak kaki ku..hihihih"

hehehe...xtau nk cakap ape..

"dalam jugak air nie, aku igt tak dalam tadi.."

rasenye kalu camnie, sehari mau nye 3 kotak die habiskan sorang..

"adehh!! adehh!! sakit pinggang ku wehh!!"
"ala..rilek la, sikit je lagi nk sampai dah"

"brr..brr..ape pandang-pandang bang..tak penah tgk unta isi minyak ke.."

er...hehe..dasyat...

"wahh bro, sedap nye tido..kaki aku nk tercabut dah nie.."
"kang aku mntk sewa basikal aku nie kang haa...kayuh jela diam-diam"

"ewah, tgk ku gelecek... christiano tu tiru ku tau tak.."

"zzzz...zzzzzzzzzzzz"

"kiri...kiri!!!"
"diam la..aku tau la nk belok mane"

Bookmark and Share
 
Copyright 2010 Salleh Mohd Ali
Hakcipta terpelihara Rick dan SengalBOX