Anda Sedang Membaca

1

KFC Resepi Tulang Babi ??

Rick Wednesday, September 8, 2010 ,
Bookmark and Share


Ini satu lagi cerita/fitnah . Tidak ADA APA APA TULANG PUN YANG DICAMPUR DALAM SERBUK KFC. Saya pernah dibertahu tentang ada seorang pegawai dakwah dari JAIS yang bercakap mengenai hal berkenaan dan saya telah menghubunginya untuk pengesahan dan pegawai berkenaan yang namanya ust Alwi Parman telah menafi sekeras-kerasnya yang beliau pernah berkata demikian.


Rempah ratus KFC tidak mengandungi apa apa bahan daripada binatang, Semuanya dari bahan tumbuhan dan apabila sampai ke Malaysia iaitu di kilang KFC, barulah serbuk rempah berkenaan di gaul dengan bahan daripada telur, iaitu telur yang dikeringkan menjadi tepung. Cerita pasal tulang babi ini tidak berasas pun dan tidak pernah ada apa apa kajian yang telah di jalankan oleh JAIS terhadap serbuk KFC. Timbalan Mufti Selangor adalah salah seorang panel syariah KFC. Kalau ada ustaz lain dari JAIS berkata demikian, maka nyatalah ia berbohong. JAIS dan JAKIM sudah pasti tidak akan membenarkan restoran KFC beroperasi sebagai restoran makanan halal selama 30 tahun di Malaysia. Malahan Jakim memberi logo halal pula, Jakim tu tak reti sangatkah? InsyaAllah KFC akan pamerkan logo Jakim ganti logo MPS sekarang ini.

Kenapa tidak tanya Ustaz Abd Malik iaitu pegawai yang menjaga halal haram di Selangor ini. KFC di Mekkah pun ada. Adakah orang di Mekkah pun makan tulang babi juga? Harap en Fauzy boleh bagi nama Ustaz yang gila ini kepada saya supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

Terima kasih. Wassalam



----- Original Message ----- From: "Azami Mustapha" <Azami@ayamasfood.com To: "Haji Mohd Haji Shafie" <mohd.shafie@kfcholdings.com.my Sent: Thursday, January 30, 2003 11:38 AM Subject: Fwd: Resepi KFC pakai tulang babi ?



ustaz, apa punya fitnah diorang dah buat nie...??!! tolong perjelaskan pada depa ni...



terima kasih



-----Original Message----- From: "Fauzy Nurjayady Bin Mohamad" To: <azami@ayamasfood.com Date: Wed, 29 Jan 2003 14:07:40 +0800 Subject: Resepi KFC pakai tulang babi ?



a'kum En Azami,

kawan sekerja aku bagi tahu dia dengar ceramah ugama di Klang. Tuan Haji ni(namanya aku terpaksa rahsiakan utk kebaikan dia). Tuan Hj. ni salah seorang AJK JAIS(Jab. Ugama Islam Negeri Selangor). menurut Tuan Hj. ni rempah ratus ayam goreng KFC adalah dimport dari USA(franchise). dan hasil kajian JAIS mendapati SERBUK TULANG BABI(KHINZIR)salah satu bahan rempah ratus untuk untuk menjadikan KFC enak dan rangup(hingga menjilat jari.. aku tambah sikit). harap dapat penjelasan. Sekian.

Regards, Fauzy Nurjayady Mohd


**aku?? blurrrr.........



Bookmark and Share

1 comments:

herytmnu said...

Sekali fikir.. macam mana yang pasti sangat yang tepung KFC ni halal. Sedangkan tepung KFC punya resepi kan dirahsiakan.

Post a Comment

 
Copyright 2010 Salleh Mohd Ali
Hakcipta terpelihara Rick dan SengalBOX