Anda Sedang Membaca

2

Rahsia Cincin Dijari Manis

Rick Sunday, September 5, 2010
Bookmark and Share

Pernah terfikir pasal benda ni? Jika hendak tau jawapannya, cuba ikut buat seperti dibawah. Sesungguhnya alam semesta ciptaan tuhan memang banyak rahsianya.



*Rapatkan kedua-dua tapak tangan … pastu bengkokkan dan rapatkan jari ketiga (jari tengah) … serta cantumkan hujung jari-jari yang lain seperti di dalam gambar. Mari kita mula permainan ini.



1. Cuba buka dan renggangkan ibu jari. Jari ini mewakili kedua ibubapa kita. Ianya boleh dibuka sebab semua manusia akan sakit dan mati. Satu hari nanti kedua orang tua kita juga akan pergi meninggalkan kita.



2. Rapatkan semula ibu jari dan buka jari kedua (jari telunjuk). Jari ini mewakili adik beradik kita yang juga satu hari nanti akan berkawin dan bila dah berkeluarga, mereka juga akan meninggalkan kita.



3. Rapatkan semula jari kedua tu dan buka pula jari kelima (jari kelingking). Jari ni mewakili anak-anak kita bila kita dah berkeluarga nanti. Kita pun kena menerima hakikat bahawa mereka juga akan pergi meninggalkan kita bila mereka juga telah berkawin dan berkeluarga.



4. Rapatkan semula jari kelima tu. Sekarang cuba buka jari manis yang kita sarongkan cincin perkahwinan kita tu. Korang mesti terkejut jari manis tu sedikit pun tak mau bergerak dan tak boleh dibuka langsung. Aneh kan!!! …



kerana jari manis lah lambang hubungan suami isteri… bila dah kawen dan bersatu ianya harus bersama hingga ke akhir hayat. Pelik tapi benar dan itu lah hakikat sebenar cinta sejati yang penuh dengan kasih sayang … terus bersama hingga ke akhir hayat.

Bookmark and Share

2 comments:

FarahDina said...

post yang sangat menarik......info yang sangat berguna...terima kasih kerana sudi share....

Rick said...

same2 cik farah :)

Post a Comment

 
Copyright 2010 Salleh Mohd Ali
Hakcipta terpelihara Rick dan SengalBOX