Antara perjudian baru yang sedang hangat sekarang ini ialah peraduan 'Talking Telephone Number'. Ianya juga adalah satu bentuk perjudian yang baru yang mana sebenarnya wang RM10,000 itu adalah daripada caj yang dikenakan kepada pemanggil yang mendail untuk mendapatkan wang tersebut. Jika tiada pemanggil yang menyertai rancangan tersebut, pihak penaja tiada wang untuk di'hadiahkan'. Cuba kita lihat, setelah soalan diberi, berapa lama pula segmen jawapan akan dijalankan? ianya memakan masa hampir 10 minit. 10 minit untuk seorang pemanggil, jika 70 orang pemanggil? jika satu minit 5 sen? (saya tak pasti). Kiralah berapa keuntungan yang diperolehi oleh penaja. Jika kita tidak membuat panggilan, adakah kita mungkin akan menang? tidak. Tapi jika kita membuat panggilan, kita mungkin akan menang (judi nasib) dan kita telah membayar 'yuran' judi tersebut dengan caj yang dikenakan.
Wallahhualam.
Hukum Sijil Simpanan Premium Bentuknya:
Seseorang membeli sijil berkenaan dalam harga tertentu (contoh RM 100), kemudian dalam tempoh tertentu akan diadakan cabutan bertuah. Sesiapa yang memenanginya akan menerima hadiah tertentu. Di samping mendapat hadiah, dia juga tidak kehilangan duit yang simpan melalui pembelian sijil. Jika dia tidak memenangi hadiah cabutan, dia akan mendapat semula duit berkenaan tanpa lebih atau kurang. Menurut fatwa Hai'ah Kibarul Ulamak Arab Saudi yang dinukilkan oleh majalah al-Furqan, bahawa cabutan hadiah untuk sijil yang dikeluarkan oleh bank adalah haram hukumnya. (Majalah al-Furqan, bil. 121, tahun 12, Muharam 1421-May 2000, hal. 14)
Fatwa ini berdasarkan kepada satu soalan yang terjemahannya adalah sebagai berikut:
"Di tempat kami di Kuwait ini telah begitu berleluasa satu sistem di mana ada bank-bank berasaskan riba menjual sijil dan ada cabutan bertuah. Di mana harga sijil berkenaan sebagai contoh 50 Dinar. Sebahagiannya ada yang membeli satu sijil sahaja atau ada yang membelinya hingga 10. Pada setiap bulan terdapat satu cabutan bertuah ke atas sijil berkenaan. Siapa yang menang akan mendapat hadiah berjumlah $1000 atau $100,000 atau $1,000,000. Perlu diketahui bahawa selepas cabutan bertuah sijil ini akan dikembalikan dengan jumlah wang asalnya."
Fatwa berkenaan menyatakan bahawa ia adalah haram, kerana sistem yang diamalkan berbentuk perjudian / `yanasib'. Menurutnya lagi, bentuk perjudian berkembang dari masa ke semasa. Akan datang, akan muncul pula satu bentuk perjudian baru yang lain yang tiada sebelum ini.
Fatwa ini juga memberi garis panduan untuk mengetahui secara mudah bentuk perjudian. Katanya: "... tetapi neraca untuk mengetahui bahawa sesuatu itu adalah judi ialah dengan anda bertanya diri anda ketika cabutan hendak dibuat. Apakah anda ada mengeluarkan apa-apa wang untuk tujuan berkenaan? Atau anda tidak mengeluarkan sesen pun?" Ini bermakna jika kita ada mengeluarkan wang untuk tujuan satu-satu cabutan, bermakna itu adalah bentuk perjudian. Fatwa berkenaan membuat satu andaian: "Mungkin ada orang berkata: Demi Allah saya tidak mengeluarkan sesenpun untuk cabutan berkenaan. Sijil ini yang berharga 50 Dinar akan dikembalikan kepada saya sepenuhnya. Kita jawab: Tidak, anda ada mengeluarkan wang sebanyak 50 Dinar untuk tujuan cabutan berkenaan. Ia berkembang untuk kepentingan (keuntungan) pemegangnya." Ini bermakna, kita memang ada mengeluarkan wang untuk tujuan cabutan itu, sekalipun ia dikembalikan sepenuhnya.
Ketika cabutan dibuat wang berkenaan tidak ada di dalam tangan kita, tetapi berada di tangan org (bank) yg menganjurkan cabutan. Wang berkenaan berkembang (riba). Ia adalah untuk kepentingan(keuntungan) bank berkenaan. Apakah boleh kita diterima masuk untuk cabutan berkenaan jika kita tidak memberikan wang kepada bank penganjur? Sudah tentu tidak boleh. Manakala fatwa dari Lujnah al-Ifta' untuk Jam'iyah Ihya' al-Turath al-Islami memberikan jawapan yang sama terhadap permasalahan sijil simpanan ini. Hukumnya adalah haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Fatwa ini terdapat di dalam majalah yang sama.
(Majalah al-Furqan, bil.121, tahun 12, Muharam 1421-May 2000, hal. 14) Fatwa ini menyatakan faktor-faktor mengapa ia diharamkan:
- Menyimpan harta/wang di dalam bank riba. Ia adalah diharamkan kerana dianggap sebagai membantu atas perkara maksiat. Riba adalah salah satu dari dosa-dosa besar. Dalilnya ialah surah al-Baqarah: 278-279, al-Ma'idah:
- Juga hadis nabi riwayat Muslim yang menyatakan ALlah melaknat pemakan riba, wakilnya, dua saksinya dan penulisnya.
- Sistem ini termasuk di dalam bentuk perjudian dan mengadu nasib yang diharamkan. Dalilnya, al-Ma'idah: 90-91. Dari sudut lain pula dapat kita lihat terdapat unsur kemudaratan di dalamnya. Kerana orang yang membeli sijil berkenaan tidak tahu apakah dia dapat kembali wang berkenaan bersama faedah dan ganjaran yang besar ataupun tidak memperolei apa-apapun. Bank riba yang menyimpan wang kita itu mendapat keuntungan. Adakalanya ganjaran diberikan kepada penyimpan dalam bentuk riba, dan adakalanya ia diberi dalam bentuk hadiah yang besar. Hadiah ini pula tidak semua org memperolehinya. Bila seorang dua yang dapat, maka yg lain terhalang dari menikmati keuntungan bank berkenaan.
0 comments:
Post a Comment