Archives

2

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Beritahu Lelaki

Rick Tuesday, September 21, 2010
Bookmark and Share

syhhh...ku curik dari blog abe..hahahaha!!

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

Bookmark and Share
0

Kelalaian kecil yang SEBENARNYA SALAH

Rick Wednesday, September 15, 2010
Bookmark and Share

Mohon harap disampaikan gambar dan isi kandungan kepada rakan-rakan dan saudara yang lain.. Kesilapan kecil yang aku hensem biasa gune dan buat, rupenye salah.. Wallahualam..


Bookmark and Share
0

Ketam Melayu dan Ketam Cina

Rick
Bookmark and Share


Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Pengajaran:
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak.Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor
ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulala bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju.

Bookmark and Share
3

Bulan Terbit Dari Barat?? (malam 11/9/2010)

Rick Sunday, September 12, 2010 ,
Bookmark and Share

Mulenye aku dapat cite nie dr kawan (Farid) yg kebetulan malam td lepak ngan die kat Bukit Langat, Ampang.. Mase tu mmg bulan ngan bintang sume dah takde...
Then pagi esok nye nie saje selak2 website2 forum utk dapatkan kesahihan dr cite member tu..

Nie sumber yg dipercayai(biasenye).. Bulan dikatekan terbit dari arah barat(yg sepatutnye dari timur).. Atas bulan tu plak ade bintang.. Dari forum yg aku bace nie, katenye kajian dah dibuat dan itu bukan bintang mahupun satelit tp Planet Venus...

Gambar yang di Snap dari jauh

Teknologi :)

Gambar setelah di zoom beberape kali..

**Klik kat gambar utk besarkan..

Dr semua blog yg sempat dibace, tak sorang pn dpt bg kesimpulan kenape leh jd camnie.. Mungkin ke.... huhuhu..seram sejuk gak nie..

Subhanallah.. Allah maha mengetahui :)

Bookmark and Share
0

Nyanyian Boboi

Rick Friday, September 10, 2010
Bookmark and Share


Ada budak kecil, BOBOI namanya, umurnya 4 tahun. Budak ini memang suka kencing, mungkin kerana urat kencing dia bocor agaknya… kemana saja pasti suka kencing, ke shopping complex, ke kedai, ke pasar, selalu je nak kencing, dan kalau dia nak kencing, dia selalu menjerit kepada ibunya,

“makkk..boboi nak kencing!!! sekuat-kuatnya“.

Mak boboi sering terasa malu, kerana anaknya si boboi tu suka menjerit jerit gila babi di khalayak ramai kalau time dia nak kencing, maka dicarilah akal….

Mak Boboi pun mengajar Boboi..,

“Boboi..lain kali kalau Boboi nak kencing, Boboi cakap boboi nak nyanyi,ok?“. Boboi pun mengangguk tanda paham.

Pada suatu hari, mak boboi terpaksa kerja outstation, budak boboi ni pun diserahkan kepada nenek nya untuk dijaga. Pada malam hari, ketika nenek boboi sudah hampir terlelap, boboi berteriak kepada neneknya,

”Nenek, boboi nak nyanyi…………”

Neneknya menjawab “Dah malam nih,besok lah nyanyi, nanti orang rumah sebelah marah kalau boboi bising!”, kata nenek. Si boboi terus mendesak juga. Akhirnya neneknya pasrah…

“Um..oklah..boboi..boboi nyanyi perlahan-lahan di telinga nenek ya…..“

Bookmark and Share
0

Ramli Dan 20 Ekor Ayam

Rick
Bookmark and Share


Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia berjumpa Pak Mat“Tauke Ayam” untuk membeli ayam .

Lelaki kaya : “saya ingin menempah 20 ekor ayam untuk besok, ini alamat saya (sambil memberikan kad namanya yang mengandungi alamat rumah)

Pak Mat : “baiklah, saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkan ayam-ayam ini ke rumah anda besok”

Setelah itu Pak Mat memanggil Ramli dan berkata….

Pak Mat : “Li, besok tolong antar 20 ekor ayam ke alamat ini (Sambil memberikan kad nama lelaki kaya tersebut)”

Ramli : Antar ayam.. siap Boss….

Keesokan harinya Ramli membawa 20 ekor ayam dengan motosikalnya. 10 ekor diletakkan di sisi kanan, dan 10 ekor diletakkan di sisi kiri. Akan tetapi malangnya, di dalam perjalanan dia eksiden terlanggar lubang…, ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari berteraburan. Orang ramai datang untuk melihat keadaan si Ramli, akan tetapi si Ramli malah ketawa mengilai-ngilai dan berguling guling.

Orang yg bertanya : “Bang, abang ok ker?.. ? takde cedera mana mana kan?”

Ramli : “Ha… ha… ha… !”

Orang yang bertanya : “Bang, kenapa abang lain macam je ni ?”

Ramli: “Ha… ha… ha…, dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku… Hua.. ha.. ha.. ha…”

Bookmark and Share
0

Kisah Kambing Dan Ayam

Rick
Bookmark and Share


Kambing dan ayam adalah kawan baik. Mereka berkawan sejak mereka baru dilahirkan lagi. Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing. Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam: Kambing, pekabo?

Kambing: Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.

Ayam: Takde ke mana. Sesajalah nak tengok reaksi engko.

Kambing: Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam,kan?

Ayam: Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.

Kambing: Apa?

Ayam: Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi telur nampak…

Bookmark and Share
0

Mimpi Seorang Isteri

Rick
Bookmark and Share


Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan-lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“..

Bookmark and Share
0

Tips Untuk Cover Malu

Rick ,
Bookmark and Share

Ok, ade sikit tips utk korang yg boleh dikatekan berkesan jugak bile korang menghadapi situasi seperti dibawah. Tips utk cover malu, bukan kemaluan ok.. hehehe :P

__________________________________________________________________________

  • Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi…terus bangun separuh sedar dan buat-buat kene sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berenti ketawakan korang.

  • Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali…teruskan menganggap dia kenalan korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya.

  • Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka…jawab je dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah ‘biar rosak zip, jangan rosak akhlak’.

  • Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat belakang…teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sensorang. Tentu orang takkan gelakkan kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.

  • Tersilap masuk tandas wanita… buat buat wajah gelabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagik.

Bookmark and Share
0

koleksi TEKA-TEKI

Rick
Bookmark and Share



Kat bawah nie ade la sikit koleksi teka-teki yang mudah utk kite kenekan org lain.. dapat dari website-website dan ade jugak dr pengetahuan sendiri.. Kite kongsi same-same ek..

1) Semua haiwan jadi monyet,monyet jadi apa?
Jawapan: Jadi banyak.

2) Antara ekor lembu dengan ekor tikus… ekor mana yg lebih pjg & kenapa?
Jawapan: ekor tikus lebih panjang sebab mencecah lantai

3) Dari banyak banyak burung, burung mana jaga atuknya sendiri?
Jawapan: Burung belatuk aaa (bela atuk)

4) Kalau kereta berhenti apa yg turun dulu ….?
Jawapan: Speedometer turun dulu

5) kalu bas kemalangan n bas tu terjatuh ke dalam sungai, apa yang masih hidup lagi walaupun bas tu dalam air…?
Jawapan: road tax dia arrr….

6) kete apa yang bolih jalan dari pokok ke pokok?
Jawapan: nissan 323 (tree to tree)

7) apa yang paling pandai dalam makmal?
Jawapan: termometer sebab byk degree :-p

8) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya
Jawapan: O.A.G (Orang Asli Gombak)

9) Kumpulan Rock yang Paling wangi
Jawapan: MAY (Bau Sabun)

10) Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?
Jawapan: Ha.Ha.Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

11) Banyak- banyak binatang…binatang apa keluar haid…
Jawapan: kura-kura..ala tu pun tak tahu…keluar HEAD….tak paham jugak.ala kepala le..

12) Dlm bnyk2 binatang….. bntg ape yg bertelur dan beranak…..kira 2 alam la
Jawapan: niiii….. ha jwp2…. …siput babilaaaaa…..ye la siput bertelur…babi beranak….

13) Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?
Jawapan: Jawapannya ialah Sungai Besi…Ha…ha…ha…

14) Kereta dengan motor, mana lebih tua?
Jawapan: jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat…

15) Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
Jawapan: jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

16) Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin…
Jawapan: huruf TA dan YA laa… kan jadi TAYAR tu

17) kasut apa yang paling keras?
Jawapan: Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa…muhahaha..lawak ka?

18) Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?
Jawapan: jawapannya ialah meter bas tulah

19) Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin …ahhh sape dapat jawab????
Jawapan: jawapannya ialah…huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antara
pasangan bercinta lerrr ..hehehehe

20) Kalau korang pandai math, 5 orang cina tolak 3 orang india , jadi apa?
Jawapan: orang india tu jatuh lah…. keh keh keh!!!

21) Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian..lepas tu dibagi pulak pada 3 org..baper seorang dapat ?…kes kes kes kes korang mesti lemah IQ kan ..
Jawapan: jawapannya sorang dapat sebiji limau ler..sbb sama gak ko potong atau tak…hehehhe mesti dapat sorang sebiji

22) benda apa kalau naik tak turun dah?
Jawapan: jwpn dia umur la.ish…ish…

23) KENAPA TAYAR BELAKANG KENDERAAN SELALU BOTAK DAHULU DARIPADA TAYAR HADAPAN?
Jawapan: SEBABNYA IALAH DIA SELALU MEMIKIRKAN KENAPA DIA TIDAK DAPAT MEMECUT TAYAR HADAPAN

24) cuba teka, mouse komputer , jantan ke betina?
Jawapan: jawapannye betina ler..pasal dia pakai pad.hehe

25) Ada sekor gajah dan sekor kancil,berjalan2 dalam hutan.Suatu ketika,mereka terjumpa sebuah titi. Semasa kancil menaiki titi tersebut, titi tersebut runtuh.Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah………
Jawapan: Gajah patah apa rasanya ya???? Gajah PATAH BALIK kot!

26) Dalam banyak banyak lembu,lembu apa yang semua petani cari
Jawapan: lembu yang hilang lah . kalau tak hilang siapa lah ada masa nak kisah pasal lembu.

27) Hidupan apa didalam laut paling tua.
Jawapan: jawapannya udang sebab dia sudah bongkok dan berjanggut..ha–ha–ha–ha–

28) Cube teka ye benda apa apabila kita berdiri dia baring, bila kita baring dia berdiri…….?
Jawapan: jawapannye tapak kaki la……

29) Banyak2 ikan, ikan apa yang pemalu…
Jawapan: ikan sardin.sebab nyer dier duduk dlm tin..

30) ANDAIKATA ANDA TERJUMPA MAYAT MANUSIA DAN BANGKAI HAIWAN YANG MANA SATU ANDA PERLU TUTUP DAHULU?
Jawapan: JAWAB..JAWAB JGN TAK JAWAB..DUA-DUA..SALAHLA.. TAK TAHU..TENTULAH HIDUNG..

31) APAKAH BENDA YANG KITA POTONG IA TETAP AKAN PANJANG?
Jawapan: HA JAWAPANYA MESTILAH KACANG PANJANG KAN. TAKKANLAH DAH POTONG KITA KENA PANGGIL KACANG PENDEK TAK SESUAI TAU. hehe..

Bookmark and Share
0

Wasiat Nenek Ani

Rick
Bookmark and Share

Ada sorang tua, nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung, ….

Keadaannya semakin ari semakin teruk. Ani dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek Ani. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.

Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din.

Pak Din menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum Nenek Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia. Selepas seminggu kematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk membaca wasiat dari nenek tersebut.

Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani, dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara-mara membaca wasiat itu bersama-sama, yang antara lain isi itu ialah… … … … .

“Din, … . kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu”

Bookmark and Share
0

Bila Hitler sambut raya

Rick Thursday, September 9, 2010
Bookmark and Share

Korang rase mcm mane agaknye bile Hitler and the geng sambut raye?? hehehehehehehehe...

Ape kate korang tgk video kat bawah nie, lepas tu korang bayangkan kalau betul mcm tu, ape jadi agaknye... malas nk cite panjang, korang tgk jela sendiri :P


Bookmark and Share
0

Ku mahu kau tahu ...

Rick
Bookmark and Share


Saat kita berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.


Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.


Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.



 Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.


Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.


Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..


Bookmark and Share
0

Asereje - Lagu setan ??

Rick Wednesday, September 8, 2010
Bookmark and Share



Sebuah rumor merebak tentang lagu hits Asereje yang dinyanyikan oleh Las Ketchup, bahwa lagu tersebut adalah lagu penyembahan setan. Dari liriknya yang campuran antara Inggeris dan Sepanyol disebutkan bahwa terselit lirik penyembahan terhadapan setan.

Kita mungkin berfikir bahwa kerana itu lagu Sepanyol, maka wajarlah kalau kita tidak memahami liriknya. Tapi ada satu fakta yang mengejutkan, bahwa bahkan orang Sepanyol sendiri tidak memahami lagu ini, kerana ada banyak bahagian-bahagian yang bukan bahasa Sepanyol. Tapi lagu yang mereka tidak faham ini, segera meluas menjadi hits di Sepanyol. Bahkan pasukan Bola Basket nasional Sepanyol menggunakan lagu ini sebagai lagu maskot.

Perdebatan kemudian terjadi di negeri itu, kerana lagu ini disebutkan sebagai lagu yang meramalkan akan kedatangan Iblis dan sambutan akannya.

Cuba perhatikan lirik Asereje dalam versi bahasa Inggeris ini:

Friday night it's party time feeling ready looking fine, viene diego rumbeando, with the magic in his eyes checking every girl in sight, grooving like he does the mambo he's the man alli en la disco, playing sexy felling hotter, he's the king bailando et ritmo ragatanga, and the dj that he knows well, on the spot always around twelve, plays the mix that diego mezcla con la salsa, y la baila and he dances y la canta Chorus: aserejè ja de jè de jebe tu de jebere seibiunouva, majavi an de bugui an de buididipi, aserejè ja de jè de jebe tu de jebere seibiunouva, majavi an de bugui an de buididipi many think its brujeria, how he comes and disappears, every move will hypnotize you, some will call it chuleria, others say that its the real, rastafari afrogitano he's the man alli en la disco, playing sexy felling hotter, he's the king bailando et ritmo ragatanga, and the dj that he knows well, on the spot always around twelve, plays the mix that diego mezcla con la salsa, y la baila and he dances y la canta

Bila kita lihat lagu ini, menceritakan seseorang yang sangat tampan rupawan mempesona dan menghipnotis siapa saja, yang bernama Diego.

Dari informasi bekas penganut gereja Setan diketahui bahwa Diego adalah 'code name' dari Devil. Khususnya untuk daerah Amerika Selatan dan Sepanyol. Dan harus kita ingat, bahwa Lucifer adalah iblis yang rupawan dan ahli musik, termasuk penari.

Perhatikan lirik awalnya tentang sebuah pesta pada Jumaat malam (bukan malam Jumat). Ini merupakan hari keramat bagi setan dibarat (Kalau dinegeri kita yang keramat bagi setan itu khamis malam, atau malam jumaat). Ingat filem Friday the 13th ? Untuk penganut setan malam Jumaat adalah malam dimana mereka mengadakan kebaktian dan pesta.

Perhatikan kombinasi ras si Diego, yaitu afro-gypsy Rastafarian. Sedangkan Afro atau Afrika terkenal dengan occultnya dan tari-tarian pemujaannya, sehingga bekas santet atau kutuk paling terkenal dan paling hebat datang dari Afrika yaitu Voodoo. Gypsy berbicara tentang peramal dan penyihir. Dan Rasta adalah sebuah mode yang lekat dengan pemberontakan dan Narkoba.

Ragatanga tidak memiliki arti apa-apa dalam bahasa Sepanyol. Tapi seluruh Eropa tau bahwa Rangatanga adalah sebuah upacara pemanggilan kekuatan setan dari sebuah kumpulan yang bernama The Rouge.

Perhatikan lirik pada bait keduanya, menceritakan bagaimana Diego dapat datang dan menghilang sesuka hati. Lucifer memang punya prilaku itu dalam kebaktian yang diadakan untuknya. Datang dan pergi tidak ada yang tahu.

Kemudian Diego disebut brujeria, penulis coba mencari arti kata brujeria di Internet, dan anda akan terkejut bila anda mengetikan brujeria. com di browser anda. Anda akan melihat gambar kambing, yang merupakan lambang antikris, dan saat anda masuk dalam websitenya anda mungkin akan segera bergidik dan mual melihat kesadisan dalam web itu. Saya rasa tidak perlu lagi dijelaskan apa brujeria itu.


Nah sekarang kita sampai pada reff-nya yang heboh itu, aserejè ja de jè de jebe tu de jebere seibiunouva, majavi an de bugui an de buididipi, aserejè ja de jè de jebe tu de jebere seibiunouva, majavi an de bugui an de buididipi Dalam bahasa Spanyol reff. ini nggak ada artinya, tapi bila dilagukan dengan ritma seperti itu bagi orang Sepanyol akan terdengar seperti,

"Jadilah sesat, Jehovah itu tidak ada... , (atau bisa berarti; sesat bila mempercayai Jehova) tinggalkan keberadaan/imanmu saat ini.... mereka akan datang kebawah, dan mereka akan memandu kita " Kathrine Marshal, yaitu manager dari Institut Paranormal South Hampton mengatakan; Bahwa dalam bahasa suku Assab di bagian barat laut Afrika, asereje mirip dengan dialek mereka dalam sebuah upacara pemanggilan arwah orang yang mati karena kecelakaan. Dan irama upacara pemanggilan arwah itu juga mirip dengan lagu asereje dalam versi perkusi dan tambur.

Asereje memang membius dunia, lagu ini bahkan lebih booming daripada lagu pendahulunya yaitu Macarena, bahkan sebuah radio diAmerika (WAMR FM 107.5) mengaku pernah memutar lagu ini hampir seratus kali dalam sehari. Memang mengherankan bila melihat lagu ini akan segera disukai oleh orang yang mendengarkannya, dan mereka tanpa sadar akan menyanyikannya berulang-ulang. Orang yang mendengarnya akan seperti terhipnotis mendengarkan iramanya.

Pihak Sony memberikan penjelasan resminya terhadap lagu ini, akibat penolakan gereja yang mulai meluas terhadap lagu ini diluar negri. Bahwa lagu ini bercerita tentang Diego, seorang Rasta Afro Gipsi. (Sebuah gabungan yang aneh seorang negro yang rasta dan juga seorang gipsi). Dan Diego ini menyukai lagu tahun 79 yang berjudul Rapper Delight yang dibawakan oleh Sugar Hill Gang. Dalam reff lagu itu berlirik seperti ini; "I said a hip hop the hippie the hippie to the hip hip hop, a you don't stop the rock it to the bang bang boogie say up jumped the boogie to the rhythm of the boogie, the beat." Namun karena si Diego tidak bisa berbahasa Inggris, maka yang dinyanyikan menjadi seperti Ase re je dilidahnya itu. Demikian penjelasan pihak Sony dan manager Las Ketchup.

Walaupun demikian gerakan penolakan terhadap lagu Asereje semakin meluas diluar negri. Bagaimana dengan anda, bukan berarti melarang anda mendengarkan dan menyukai lagu ini. Tapi bukankah sebaiknya kita menghindarinya ? Sebelum rumor ini menjadi jelas dan dikonfirmasi oleh pihak-pihak yang ahli dan berkepentingan dalam hal ini.

Bookmark and Share
1

KFC Resepi Tulang Babi ??

Bookmark and Share


Ini satu lagi cerita/fitnah . Tidak ADA APA APA TULANG PUN YANG DICAMPUR DALAM SERBUK KFC. Saya pernah dibertahu tentang ada seorang pegawai dakwah dari JAIS yang bercakap mengenai hal berkenaan dan saya telah menghubunginya untuk pengesahan dan pegawai berkenaan yang namanya ust Alwi Parman telah menafi sekeras-kerasnya yang beliau pernah berkata demikian.


Rempah ratus KFC tidak mengandungi apa apa bahan daripada binatang, Semuanya dari bahan tumbuhan dan apabila sampai ke Malaysia iaitu di kilang KFC, barulah serbuk rempah berkenaan di gaul dengan bahan daripada telur, iaitu telur yang dikeringkan menjadi tepung. Cerita pasal tulang babi ini tidak berasas pun dan tidak pernah ada apa apa kajian yang telah di jalankan oleh JAIS terhadap serbuk KFC. Timbalan Mufti Selangor adalah salah seorang panel syariah KFC. Kalau ada ustaz lain dari JAIS berkata demikian, maka nyatalah ia berbohong. JAIS dan JAKIM sudah pasti tidak akan membenarkan restoran KFC beroperasi sebagai restoran makanan halal selama 30 tahun di Malaysia. Malahan Jakim memberi logo halal pula, Jakim tu tak reti sangatkah? InsyaAllah KFC akan pamerkan logo Jakim ganti logo MPS sekarang ini.

Kenapa tidak tanya Ustaz Abd Malik iaitu pegawai yang menjaga halal haram di Selangor ini. KFC di Mekkah pun ada. Adakah orang di Mekkah pun makan tulang babi juga? Harap en Fauzy boleh bagi nama Ustaz yang gila ini kepada saya supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

Terima kasih. Wassalam



----- Original Message ----- From: "Azami Mustapha" <Azami@ayamasfood.com To: "Haji Mohd Haji Shafie" <mohd.shafie@kfcholdings.com.my Sent: Thursday, January 30, 2003 11:38 AM Subject: Fwd: Resepi KFC pakai tulang babi ?



ustaz, apa punya fitnah diorang dah buat nie...??!! tolong perjelaskan pada depa ni...



terima kasih



-----Original Message----- From: "Fauzy Nurjayady Bin Mohamad" To: <azami@ayamasfood.com Date: Wed, 29 Jan 2003 14:07:40 +0800 Subject: Resepi KFC pakai tulang babi ?



a'kum En Azami,

kawan sekerja aku bagi tahu dia dengar ceramah ugama di Klang. Tuan Haji ni(namanya aku terpaksa rahsiakan utk kebaikan dia). Tuan Hj. ni salah seorang AJK JAIS(Jab. Ugama Islam Negeri Selangor). menurut Tuan Hj. ni rempah ratus ayam goreng KFC adalah dimport dari USA(franchise). dan hasil kajian JAIS mendapati SERBUK TULANG BABI(KHINZIR)salah satu bahan rempah ratus untuk untuk menjadikan KFC enak dan rangup(hingga menjilat jari.. aku tambah sikit). harap dapat penjelasan. Sekian.

Regards, Fauzy Nurjayady Mohd


**aku?? blurrrr.........



Bookmark and Share
0

Sijil Simpanan Premium HARAM????

Rick
Bookmark and Share

Antara perjudian baru yang sedang hangat sekarang ini ialah peraduan 'Talking Telephone Number'. Ianya juga adalah satu bentuk perjudian yang baru yang mana sebenarnya wang RM10,000 itu adalah daripada caj yang dikenakan kepada pemanggil yang mendail untuk mendapatkan wang tersebut. Jika tiada pemanggil yang menyertai rancangan tersebut, pihak penaja tiada wang untuk di'hadiahkan'. Cuba kita lihat, setelah soalan diberi, berapa lama pula segmen jawapan akan dijalankan? ianya memakan masa hampir 10 minit. 10 minit untuk seorang pemanggil, jika 70 orang pemanggil? jika satu minit 5 sen? (saya tak pasti). Kiralah berapa keuntungan yang diperolehi oleh penaja. Jika kita tidak membuat panggilan, adakah kita mungkin akan menang? tidak. Tapi jika kita membuat panggilan, kita mungkin akan menang (judi nasib) dan kita telah membayar 'yuran' judi tersebut dengan caj yang dikenakan.

Wallahhualam.

Hukum Sijil Simpanan Premium Bentuknya:

Seseorang membeli sijil berkenaan dalam harga tertentu (contoh RM 100), kemudian dalam tempoh tertentu akan diadakan cabutan bertuah. Sesiapa yang memenanginya akan menerima hadiah tertentu. Di samping mendapat hadiah, dia juga tidak kehilangan duit yang simpan melalui pembelian sijil. Jika dia tidak memenangi hadiah cabutan, dia akan mendapat semula duit berkenaan tanpa lebih atau kurang. Menurut fatwa Hai'ah Kibarul Ulamak Arab Saudi yang dinukilkan oleh majalah al-Furqan, bahawa cabutan hadiah untuk sijil yang dikeluarkan oleh bank adalah haram hukumnya. (Majalah al-Furqan, bil. 121, tahun 12, Muharam 1421-May 2000, hal. 14)

Fatwa ini berdasarkan kepada satu soalan yang terjemahannya adalah sebagai berikut:

"Di tempat kami di Kuwait ini telah begitu berleluasa satu sistem di mana ada bank-bank berasaskan riba menjual sijil dan ada cabutan bertuah. Di mana harga sijil berkenaan sebagai contoh 50 Dinar. Sebahagiannya ada yang membeli satu sijil sahaja atau ada yang membelinya hingga 10. Pada setiap bulan terdapat satu cabutan bertuah ke atas sijil berkenaan. Siapa yang menang akan mendapat hadiah berjumlah $1000 atau $100,000 atau $1,000,000. Perlu diketahui bahawa selepas cabutan bertuah sijil ini akan dikembalikan dengan jumlah wang asalnya."

Fatwa berkenaan menyatakan bahawa ia adalah haram, kerana sistem yang diamalkan berbentuk perjudian / `yanasib'. Menurutnya lagi, bentuk perjudian berkembang dari masa ke semasa. Akan datang, akan muncul pula satu bentuk perjudian baru yang lain yang tiada sebelum ini.

Fatwa ini juga memberi garis panduan untuk mengetahui secara mudah bentuk perjudian. Katanya: "... tetapi neraca untuk mengetahui bahawa sesuatu itu adalah judi ialah dengan anda bertanya diri anda ketika cabutan hendak dibuat. Apakah anda ada mengeluarkan apa-apa wang untuk tujuan berkenaan? Atau anda tidak mengeluarkan sesen pun?" Ini bermakna jika kita ada mengeluarkan wang untuk tujuan satu-satu cabutan, bermakna itu adalah bentuk perjudian. Fatwa berkenaan membuat satu andaian: "Mungkin ada orang berkata: Demi Allah saya tidak mengeluarkan sesenpun untuk cabutan berkenaan. Sijil ini yang berharga 50 Dinar akan dikembalikan kepada saya sepenuhnya. Kita jawab: Tidak, anda ada mengeluarkan wang sebanyak 50 Dinar untuk tujuan cabutan berkenaan. Ia berkembang untuk kepentingan (keuntungan) pemegangnya." Ini bermakna, kita memang ada mengeluarkan wang untuk tujuan cabutan itu, sekalipun ia dikembalikan sepenuhnya.

Ketika cabutan dibuat wang berkenaan tidak ada di dalam tangan kita, tetapi berada di tangan org (bank) yg menganjurkan cabutan. Wang berkenaan berkembang (riba). Ia adalah untuk kepentingan(keuntungan) bank berkenaan. Apakah boleh kita diterima masuk untuk cabutan berkenaan jika kita tidak memberikan wang kepada bank penganjur? Sudah tentu tidak boleh. Manakala fatwa dari Lujnah al-Ifta' untuk Jam'iyah Ihya' al-Turath al-Islami memberikan jawapan yang sama terhadap permasalahan sijil simpanan ini. Hukumnya adalah haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Fatwa ini terdapat di dalam majalah yang sama.

(Majalah al-Furqan, bil.121, tahun 12, Muharam 1421-May 2000, hal. 14) Fatwa ini menyatakan faktor-faktor mengapa ia diharamkan:

  1. Menyimpan harta/wang di dalam bank riba. Ia adalah diharamkan kerana dianggap sebagai membantu atas perkara maksiat. Riba adalah salah satu dari dosa-dosa besar. Dalilnya ialah surah al-Baqarah: 278-279, al-Ma'idah:
  2. Juga hadis nabi riwayat Muslim yang menyatakan ALlah melaknat pemakan riba, wakilnya, dua saksinya dan penulisnya.
  3. Sistem ini termasuk di dalam bentuk perjudian dan mengadu nasib yang diharamkan. Dalilnya, al-Ma'idah: 90-91. Dari sudut lain pula dapat kita lihat terdapat unsur kemudaratan di dalamnya. Kerana orang yang membeli sijil berkenaan tidak tahu apakah dia dapat kembali wang berkenaan bersama faedah dan ganjaran yang besar ataupun tidak memperolei apa-apapun. Bank riba yang menyimpan wang kita itu mendapat keuntungan. Adakalanya ganjaran diberikan kepada penyimpan dalam bentuk riba, dan adakalanya ia diberi dalam bentuk hadiah yang besar. Hadiah ini pula tidak semua org memperolehinya. Bila seorang dua yang dapat, maka yg lain terhalang dari menikmati keuntungan bank berkenaan.

Bookmark and Share
 
Copyright 2010 Salleh Mohd Ali
Hakcipta terpelihara Rick dan SengalBOX