Archives

1

Petua Mencuci Buah Pinggang Dengan Kos Kurang Dari RM2

Rick Tuesday, May 6, 2014
Bookmark and Share

Bertahun2 buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun2 dan bahan2 lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dll Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan.

Disini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini. Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan2 garam serta bahan2 racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang.

 Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.

Caranya:
1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang

2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2

3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.

4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit

5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk

6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya

7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya

8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini

9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun2 lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.

Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini. Daun2 parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi! Cuba la...Murahkan rawatan ini , cuma RM 1.00 atau kurang. Tak salah mencuba kan :)
Bookmark and Share
0

Ustaz Azhar Idrus - Kata2 Nasihat Utk Dunia & Akhirat

Rick
Bookmark and Share






1). Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan berSILATURAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyempitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang amat2 sangat  sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Kirim ✉ ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
Kerana, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja.
Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat kamu membacanya, ia gelisah.
Saat kamu memahaminya, ia kejang2.
Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke.
Terus dan terus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya akan terus mati.
Ketika anda ingin menyebarkan ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.

Syaitan berbisik;
 "Sudahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pun, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...


Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda. Amin. Bookmark and Share
0

Khasiat pokok tasbih yang tidak diketahui umum

Rick
Bookmark and Share
Pokok tasbih
Tumbuhan daripada keluarga rumput ini mempunyai batang tegak yang mempunyai buah keras berupa manik dan berlubang di tengahnya. Kanak-kanak kampung menjadikan tasbih daripada buahnya yang dicucuk pada tali. Satu kepercayaan masyarakat Melayu yang mengatakan kucing yang dipakaikan dengan rantai buah tasbih menjadi kurus dan tidak sihat. Namun, sejauh manakah kebenarannya tidak dapat dipastikan.
Tumbuhan berumpun ini mencapai ketinggian 3 meter. Buahnya berkilau seperti porselin, tebal dan keras. Ia berwarna hijau muda semasa muda dan berubah menjadi kuning langsat bila masak. Ia menjadi hitam apabila tua. Daunnya berbentuk seperti daun jagung tetapi lebih pendek dan berKetak-ketak. Upih daunnya rapat memenuhi batang. Tumbuhan ini hidup subur di kawasan yang mendapat cahaya matahari yang cukup. Jelai membiak melalui pecahan rumpun, sama seperti kebanyakan tumbuhan lain daripada famili rumput.
Kegunaan Atau Khasiat Pokok Tasbih
Di kampung-kampung, herba ini digunakan bagi mengubati sakit kepala dan migrain.

- Caranya, keseluruhan pokok dibersihkan sebelum dicincang dan direndam dalam air panas. Pesakit dimandikan dengan air rendaman ini selepas suam.

- Akarnya mampu mengubati demam kuning dengan cara merebus 15 gram akarnyasehingga air rebusan tinggal setengah. Kemudian, air ini ditapis dan diminum 2 kali sehari. Di samping itu, pesakit perlu minum banyak air masak semasa mengamalkan tonik ini.

- Bagi merawat batu karang pula, 5 gram daunnya dijadikan teh dan diminum serta diamalkan hingga masalah batu karang hilang. Tambahkan daun hingga 10 gram bagimengubati jangkitan pundi kencing dan kencing kotor.

- Bagi merawat reumatoid pula, 30 gram buah yang tua direbus hingga airnya tinggal suku, tapis dan minum airnya semasa sakit. Pastikan air rebusan adalah rebusan yang baru dan bukannya yang disimpan dalam peti sejuk. Air rebusan buahnya yang diminum juga dapat menghaluskan kulit . Ia juga menjadi penawar appendiks dan cirit-birit.

- Dalam perubatan tradisional Cina, jelai adalah tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk dan berfungsi merehatkan otot, antitumor, penahan sakit, menurunkan kandungan gula dalam darah dan merawat demam. Ia juga dijadikan ubat bagi merawat cacing. Selain itu, masyarakat Cina juga menggunakan isi bijinya dalam masakan sama seperti penggunaan barli iaitu dijadikan bubur dan sup.
Penggunaan herba ini perlu dielakkan semasa hamil.

# Memang banyak khasiatnya, tapi masih ramai yang tidak tahu akan khasiatnya, selain dijadikan ubat buah pokok ni juga boleh dijadikan tasbih.. Sesuai namanya digelar pokok tasbih :)
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2010 Ricky Gonzales
Hakcipta terpelihara Rick dan SengalBOX