Anda Sedang Membaca

0

koleksi TEKA-TEKI

Rick Friday, September 10, 2010
Bookmark and Share



Kat bawah nie ade la sikit koleksi teka-teki yang mudah utk kite kenekan org lain.. dapat dari website-website dan ade jugak dr pengetahuan sendiri.. Kite kongsi same-same ek..

1) Semua haiwan jadi monyet,monyet jadi apa?
Jawapan: Jadi banyak.

2) Antara ekor lembu dengan ekor tikus… ekor mana yg lebih pjg & kenapa?
Jawapan: ekor tikus lebih panjang sebab mencecah lantai

3) Dari banyak banyak burung, burung mana jaga atuknya sendiri?
Jawapan: Burung belatuk aaa (bela atuk)

4) Kalau kereta berhenti apa yg turun dulu ….?
Jawapan: Speedometer turun dulu

5) kalu bas kemalangan n bas tu terjatuh ke dalam sungai, apa yang masih hidup lagi walaupun bas tu dalam air…?
Jawapan: road tax dia arrr….

6) kete apa yang bolih jalan dari pokok ke pokok?
Jawapan: nissan 323 (tree to tree)

7) apa yang paling pandai dalam makmal?
Jawapan: termometer sebab byk degree :-p

8) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya
Jawapan: O.A.G (Orang Asli Gombak)

9) Kumpulan Rock yang Paling wangi
Jawapan: MAY (Bau Sabun)

10) Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?
Jawapan: Ha.Ha.Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

11) Banyak- banyak binatang…binatang apa keluar haid…
Jawapan: kura-kura..ala tu pun tak tahu…keluar HEAD….tak paham jugak.ala kepala le..

12) Dlm bnyk2 binatang….. bntg ape yg bertelur dan beranak…..kira 2 alam la
Jawapan: niiii….. ha jwp2…. …siput babilaaaaa…..ye la siput bertelur…babi beranak….

13) Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?
Jawapan: Jawapannya ialah Sungai Besi…Ha…ha…ha…

14) Kereta dengan motor, mana lebih tua?
Jawapan: jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat…

15) Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
Jawapan: jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

16) Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin…
Jawapan: huruf TA dan YA laa… kan jadi TAYAR tu

17) kasut apa yang paling keras?
Jawapan: Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa…muhahaha..lawak ka?

18) Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?
Jawapan: jawapannya ialah meter bas tulah

19) Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin …ahhh sape dapat jawab????
Jawapan: jawapannya ialah…huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antara
pasangan bercinta lerrr ..hehehehe

20) Kalau korang pandai math, 5 orang cina tolak 3 orang india , jadi apa?
Jawapan: orang india tu jatuh lah…. keh keh keh!!!

21) Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian..lepas tu dibagi pulak pada 3 org..baper seorang dapat ?…kes kes kes kes korang mesti lemah IQ kan ..
Jawapan: jawapannya sorang dapat sebiji limau ler..sbb sama gak ko potong atau tak…hehehhe mesti dapat sorang sebiji

22) benda apa kalau naik tak turun dah?
Jawapan: jwpn dia umur la.ish…ish…

23) KENAPA TAYAR BELAKANG KENDERAAN SELALU BOTAK DAHULU DARIPADA TAYAR HADAPAN?
Jawapan: SEBABNYA IALAH DIA SELALU MEMIKIRKAN KENAPA DIA TIDAK DAPAT MEMECUT TAYAR HADAPAN

24) cuba teka, mouse komputer , jantan ke betina?
Jawapan: jawapannye betina ler..pasal dia pakai pad.hehe

25) Ada sekor gajah dan sekor kancil,berjalan2 dalam hutan.Suatu ketika,mereka terjumpa sebuah titi. Semasa kancil menaiki titi tersebut, titi tersebut runtuh.Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah………
Jawapan: Gajah patah apa rasanya ya???? Gajah PATAH BALIK kot!

26) Dalam banyak banyak lembu,lembu apa yang semua petani cari
Jawapan: lembu yang hilang lah . kalau tak hilang siapa lah ada masa nak kisah pasal lembu.

27) Hidupan apa didalam laut paling tua.
Jawapan: jawapannya udang sebab dia sudah bongkok dan berjanggut..ha–ha–ha–ha–

28) Cube teka ye benda apa apabila kita berdiri dia baring, bila kita baring dia berdiri…….?
Jawapan: jawapannye tapak kaki la……

29) Banyak2 ikan, ikan apa yang pemalu…
Jawapan: ikan sardin.sebab nyer dier duduk dlm tin..

30) ANDAIKATA ANDA TERJUMPA MAYAT MANUSIA DAN BANGKAI HAIWAN YANG MANA SATU ANDA PERLU TUTUP DAHULU?
Jawapan: JAWAB..JAWAB JGN TAK JAWAB..DUA-DUA..SALAHLA.. TAK TAHU..TENTULAH HIDUNG..

31) APAKAH BENDA YANG KITA POTONG IA TETAP AKAN PANJANG?
Jawapan: HA JAWAPANYA MESTILAH KACANG PANJANG KAN. TAKKANLAH DAH POTONG KITA KENA PANGGIL KACANG PENDEK TAK SESUAI TAU. hehe..

Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2010 Ricky Gonzales
Hakcipta terpelihara Rick dan SengalBOX